Friday, November 4, 2011

Bersua Kembali Sejak Sekian Lama

Hurm...hari ni nak pakai baju kaler apa ea?tak sabarnya...aku tersenyum..Aku tak sabar nak berjumpa dengan Wan,kekasih yang sekian lama aku tidak bersua.Rasa seperti masa mula-mula 'first time' jumpa.'Sweet' sangat masa tu.Hari ni,aku cuba mengenakan pakaian yang sopan iaitu aku pakai 'skirt' labuh, 'blouse' & selendang sebab Wan pernah bagitahu pada aku yang dia suka aku kenakan gaya macam tu.Aku memakai 'make-up' yang tidak terlalu tebal sesuai dengan persekitaran.Aku telah menuju ke taman yang 'first time' aku jumpa dia sebab aku nak ingat balik kenangan aku bersama dia.Aku tiba di taman itu tepat pada waktunya.Cuaca kelihatan cerah dan redup.Ia membuatkan aku lebih tenang & bersedia.Aku duduk di tempat yang sama aku jumpa dia dulu.Bila aku melayan perasaan seorang diri,lama-kelamaan aku terasa sedih & hiba.Mungkin sebab aku teringat akan saat pertama kali aku mengenalinya & menempuh segala dugaan sehingga kini.Aku berharap sangat agar tidak ada lagi dugaan yang terlalu berat menimpa perhubungan ku dan si dia & mempermudahkan hubungan ini.Secara tiba-tiba,penglihatan ku menjadi gelap.Ada seseorang yang telah menutup mataku.Aku menjadi gelisah & cemas.Aku takut kalau-kalau orang itu adalah orang jahat & cuba mengapa-apakan ku.Aku cuba melawan & bangun supaya aku dapat melihatnya.Rupa-rupanya orang itu adalah Wan..Terlalu gembiranya aku saat itu.Aku terasa ingin mendakapnya..

Wan:Assalammualaikum ayang...

Firsya:Waalaikumussalam..kenapa abang buat ayang macam ni?ayang takut tau

Aku membuat muka seperti kanak-kanak merajuk.

Wan:Alalalalala...janganlah marah, ayang..abang saja je buat macam tu nak bagi 'suprise' dekat ayang..

Wan melemparkan senyumannya kepadaku.

Wan:Ayang dah lama ke tunggu abang?

Firsya:Hurm...tak sangat...

Wan:Mesti ayang teringatkan 'first date' kita kat sini.Abang tau,masa ayang tunggu abang,ayang teringat-ingat..kan?kan?

Aku ketawa kecil..

Firsya:Tau pun..hee...Ayang rindu sangat kat abang...

Wan:Abang pun...Abang ada sesuatu nak bagi dekat ayang..

Dengan pantas aku menjawab.

Firsya:Apa dia?

Wan:Tada....nah,ni untuk ayang..bunga & bear 'beso' ni.Kalau ayang rindu dekat abang,ayang peluk la bear ni.

Firsya:Heee...terima kasih abang...Abang,ayang nak tanya dekat abang.Bila abang nak pindah balik kerja dekat sini?

Wan terdiam sebentar..

Wan:Beberapa tahun lagi mungkin.Sebenarnya,abang nak duduk dekat Kedah.Bila kita kahwin nanti kita tinggal dekat sana.

Firsya:Kenapa pulak?

Wan:Abang nak tukar suasana.Lagipun,kalau kita duduk sini mesti ibu abang suruh kita tinggal dengan dia.Abang tak nak & abang tahu ayang pun tak nak.Tu sebab,abang buat keputusan untuk kerja dekat Kedah.Dah lama abang menunggu peluang tu.

Firsya:Oh ok..

Wan:Ayang jangan terlalu memikir sangat.Tak semestinya kita akan duduk dekat Kedah.Mungkin dekat tempat lain.

Firsya: 'Orite'.So,sekarang ni barulah ayang tahu apa tujuan abang tu..Takpa,ayang tak kisah pun..

Wan:Terima kasih ayang kerana faham abang..

Firsya: Sama-sama..


No comments:

Post a Comment