Setiap masa aku akan merindui Wan.Aku tahu Wan pun begitu.Kadang-kadang aku terfikir,hubungan aku dengan Wan berakhir dengan perkahwinan ataupun sebaliknya?Kami terlalu berharap agar hubungan kami ini akan berakhir dengan perkahwinan yang telah dirancang.Tetapi,aku takut apa-apa akan berlaku kepada aku & Wan.Aku berdoa setiap hari agar tiada halangan untuk aku membina masjid bersama Wan.Aku mengimbas kembali kenangan aku sewaktu Wan membawa ku bertemu dengan ibunya.Kelihatan ibunya sangat gembira & menyukai ku.Bila aku mengimbas kembali kenangan itu,aku teringat semasa aku memperkenalkan Wan kepada ibuku.Pada masa itu,ibuku tidak berapa menyukai Wan kerana dia tahu aku menjalinkan hubungan dengan Wan ketika aku masih bersekolah.Adakah ibuku akan merestui hubungan kami & membenarkan Wan menjadi suami ku kelak?.Fikiran ku terlalu runsing mengenai ibuku itu.Aku harus pulang ke kampung & berjumpa dengan ibuku.
Pada keesokan harinya aku telah pulang ke kampung.Ibuku terlalu gembira melihatku pulang.Dia terlalu rindu pada ku sejak sekian lama aku tidak pulang ke kampung atas urusan kerja yang banyak.Ibuku telah menyediakan lauk kegemaran ku.Masakan ibuku tiada tandingan.Selepas makan bersama ibuku,kami berdua berbual-bual kosong di halaman rumah di temani oleh kedengaran pancuran kolam air terjun.Suasana yang sangat nyaman apabila waktu pagi.Terasa dingin apabila banyak pokok-pokok yang menghijau di sekeliling halaman rumahku.
Ibu:Sya,kamu pun dah kerja.Kamu tak nak ke kahwin?
Aku terkejut apabila ibu menanyakan soalan sedemikian.
Firsya:Apa?Kahwin?
Ibu:Aah,Kahwin.Kenapa kamu terkejut?
Firsya:Terkejut jugak ibu tanya macam tu.Sya ni muda lagi lah ibu.Nanti-nantilah dulu..
Aku sengaja memberikan jawapan yang sebegitu supaya aku dapat melihat reaksi ibuku.
Ibu:Muda apanya,sedang-sedang kamu tu dah boleh kahwin dah.Ke kamu tak ada 'boyfriend'?.Takkanla anak ibu ni tak ada 'boyfriend'.
Aku hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata ibuku.
Firsya:Ada..Tapi.....
Ibu:Tapi apa?
Firsya:Sya tak tahu la kalau ibu suka ke tak dengan lelaki tu.
Ibu:Umur dia berapa?Kerja mana?
Firsya:29 tahun.Kat Kedah.
Ibu:Jauhnya kat Kedah.Macam mana kamu kenal dengan dia?.Kan kamu kerja kat KL je.Ni mesti kenal dekat 'facebook' ni.Maklumlah sekarang ni kan orang cari pasangan melalui internet je.
Eh ibu ni,cakap macam tu pulak.Aku berkata di dalam hati.
Firsya:Dulu dia kerja dekat KL jugak.Sebenarnya,dia lelaki yang Sya kenal dekat ibu masa hari Sya konvo tu.Takkan ibu tak ingat?
Ibu:Oh..Budak lelaki tu.Ibu ingat Sya dah tak 'kawan' dah dengan budak lelaki tu.Betulkan cakap ibu.Sekarang ni orang cari pasangan melalui internet walaupun kamu kenal dia masa kamu sekolah lagi.Patutla cubaan SPM kamu dulu teruk.Kamu berhubung dengan budak lelaki tu.Nama budak lelaki tu apa?
Firsya:Nama dia Ridhwan.Ala..ibu ni,perkara tu dah lama dah.Ibu tak suka ke dia?
Ibu:Bukan ibu tak suka.Cuma kamu perlu buat keputusan walaupun dah lama kamu kenal dia.Sekarang ni pun dia jauh dari kamu.Kita tak tahu apa yang jadi dekat sana & dia tak tahu apa yang jadi dekat kamu.Ibu takut dia berubah hati.Pada ibu lah kan,orang yang kenal & bercinta dalam internet ni seolah-olah orang tu tak laku.Kalau dia laku,dia takkan cari pasangan dalam internet.Ibu tahu,yang kamu ni takkan takda lelaki yang minat masa kamu belajar kt universiti dulu & sekarang ni.Ibu harap sangat,kamu buat keputusan yang terbaik.Kalau kamu pilih sesiapa pun ibu tak boleh nak halang sebab kamu dah matang & boleh buat keputusan sendiri.Ingat,ini masa depan kamu.Kalau kamu salah buat pilihan,kamu akan menyesal seumur hidup kamu.Bila ibu tengok Ridhwan tu,dia terlalu mengharapkan kamu Sya.Jangan sampai kamu tak boleh nak buat pilihan untuk diri kamu sendiri.Ibu pun tahu,nak mulakan balik memang susah.Kena kenal dulu orang tu betul-betul.lagipun,dia tu dah berumur.Nanti kalau takda perempuan yang nak dekat dia,dia cari kamu pulak.Ibu tak nak dia buat perkara yang tak baik je ke atas diri kamu.Harap-harap jauhkan lah.
Aku hanya mendiamkan diri..
Bila aku dengar ibu berkata begitu kepada ku,baru aku tahu itulah sebabnya.Mak manalah yang tak sayang anak dia.Lagi-lagi anak perempuan yang dewasa.Aku perlu buat keputusan yang terbaik untuk masa depan aku.Adakah aku akan memilih Wan ataupun mula balik perhubungan ku bersama lelaki lain?
No comments:
Post a Comment