Friday, September 30, 2011

Hari yang kesunyian

Kini,genap sebulan dia berada jauh dari ku.Kerinduan di hati ini hanya aku dan Allah S.W.T sahaja yang tahu.Kenapa dan mengapa?.Kenapa aku harus menerima dugaan seperti ini?.Argghh!!! aku tak boleh berfikir sedemikian.Persoalan yang masih bermain di fikiran ku ini membuatkan kepala ku makin runsing.Banyak lagi perkara yang perlu aku fikirkan selain perhubungan ku ini dengan Wan.Aku harus menenangkan fikiran.Aku perlu berfikiran positif terhadap perhubungan ini.Aku tidak boleh memikirkan diriku sahaja yang risau dan takut dia mempunyai wanita lain.Dia pun berfikir yang sama juga terhadap aku di sini yang jauh darinya.Hatiku bersuara.Aku pergi ke taman yang pernah aku dan Wan kunjungi bersama.Aku duduk di tempat yang sama ketika aku dan dia.Aku termenung jauh melihat keindahan ciptaan Allah yang tiada tandingannya.Sejenak di situ,fikiran ku menjadi kosong dan tenang apabila mendengar burung-burung berkicauan.Sudah sekian lama aku tidak merasakan sebegini.Apabila fikiranku tenang,muncul pula memori lama yang telah berlaku di taman ini  ketika dulu.Aku teringat akan kawan baik ku itu.Zack yang sangat rapat dengan ku.Semenjak daripada konvokesyen itu,aku tidak berhubung dengan dia.Aku tidak tahu kini dia berada di mana.Mungkin dia pun ingin  berhubung dengan ku tetapi disebabkan hal masing-masing.Tiba-tiba,aku terdengar bunyi tapak kaki yang sedang berjalan.Kedengaran itu makin mendekati diriku dari belakang ku yang sedang duduk menghadap tasik.Aku berasa cemas dan takut.Aku hanya meyakinkan diriku untuk menoleh kebelakang dan aku terkejut apabila melihat kedengaran bunyi tapak kaki itu adalah Zack.

Zack:Assalammualaikum Firsya..

Dia memberi salam dengan melemparkan senyumannya itu.

Firsya:Waalaikummussalam..Sudah sekian lama kita tidak berjumpa Zack.Macam mana awak boleh berada di sini?
         

Zack:Saja.Jalan-jalan ambil angin.Saya nak mengenangkan kembali memori yang ada di taman ini.

Aku berasa hairan dengan kata-katanya itu.Adakah disebabkan aku dia ke mari.

Firsya:Ada-adalah saja awak ni.Hah,dah terlanjur kita jumpa di sini,sekarang awak buat apa?kerja ataupun sambung master?

       

Zack:Saya kerja dan sambung master.Macam mana dengan buah hati awak tu?bila saya nak makan nasi minyak?

Zack ketawa kecil.

Firsya:Saya dengan dia ok.Cuma....

Aku tidak tahu ingin memberitahu perkara yang sebenar ataupun tidak.Aku tidak mahu dia mengambil kesempatan terhadap perkara ini.

Zack:Cuma apa?cakap je la.Kita kan kawan..

Firsya:Cuma Wan dah tak kerja kat sini lagi.Dia dah pindah kerja kat Kedah.

Zack:Oh ok..so,awak macam mana?ok tak?

Firsya:Saya terima.Lagipun,untuk masa depan saya dengan dia jugak.Kiteorang boleh jumpa jugak kalau di balik sini.

Zack:Maaflah..saya tak berniat nak buat awak sedih.Awak,saya kena pergi ni.Saya ada urusan.Saya  sebenarnya selalu juga datang sini.Kalau awak nak jumpa saya,awak datang je sini.
 Assalammualaikum....

Firsya:Waalaikumussalam...

Aku tertanya dengan persoalannya itu.Kenapa dia selalu datang sini?.Mungkin dia 'dating' dengan 'gf' dia.
Aku harap,dia sering berada di sini bukan disebabkan aku.Cukuplah sekadar dugaan yang telah melanda diriku ini..








2 comments: