Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Thursday, April 28, 2011
Konvokesyen
Perkara yang telah dinanti-nantikan telah pun tiba.Aku kini sudah berada di dalam sebuah dewan yang boleh memuatkan semua mahasiswi dan mahasiswa di sebuah ipta.Aku melihat ramai ahli keluarga memenuhi dewan tersebut.Aku ditemani oleh ibuku,abangku dan kakak ku.Aku rasa tak percaya aku sudah tamat pengajian ku di sini.Masa berlalu begitu pantas.Andai dapat ku undurkan masa.Tapi itu semua angan-angan belaka..Aku melihat ibuku begitu gembira.Akhirnya impian ibuku itu tercapai untuk melihat anaknya berjaya.Kelihatan deretan gerai menjual cenderamata dan gerai informasi berkaitan universiti.Cuaca cerah mengiringi kemeriahan majlis yang penuh bermakna itu.Tidak nampak tanda-tanda hujan dan mendung.Kerdipan dan cahaya lampu kamera menambah kemerihan majlis.Jambangan bunga menjadi penyeri yang sungguh bermakna bagi sebuah perjuangan.Ucapan tahniah tidak putus-putus dari saudara-mara,rakan-rakan.Aku menggayakan jubah berwarna biru tua.Terlintas di pandangan ku melihat Zack di hadapanku.Sungguh segak dia pada masa itu hatiku berkata.Aku memberikannya senyuman dan mengucapkan tahniah kepadanya.Aku telah merancang sesuatu pada hari itu.Aku ingin mengenalkan Wan kepada keluarga ku.Setelah majlis sudah selesai,aku dan keluarga bergambar bersama-sama.Tidak lupa juga sahabat-sahabatku.Sahabat-sahabatku memberikan cenderamata atas kejayaan ku.Akhirnya, kami bersama-sama menamatkan pengajian di situ.Terlalu banyak kenangan ku disini.Aku teringat kembali saat-saat bertemu dengan Wan.Terlalu indah kenangan itu..Aku cuba menghubungi Wan untuk bertemu ku di situ.Rupa-rupanya dia telah berdiri di hadapanku dan memberikan ku senyumannya yang manis itu.Aku berasa bagaikan terbang di awang-awangan..Aku mengenalkannya dengan keluargaku.Terutamanya ibuku.Wan telah memberitahu keluarga ku tentang perhubungan kami yang sudah lama terjalin.Aku melihat raut wajah ibuku ,seperti tidak setuju dengan perkenalan kami yang bermula dengan dunia "cyber".Abang dan kakak ku tidak membantah perhubungan kami.Adakah ibuku merestui perhubungan aku dan Wan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment