Bermulalah permulaan ku untuk mencari rezeki sendiri.Kini,aku telah bekerja di salah sebuah syarikat yang terkenal di ibu kota.Aku berasa teruja pada hari permulaan ku bekerja di situ.Sudah banyak tempat aku sudah 'interview'.Hanya syarikat itu yang aku dapat.Mungkin jodoh aku bekerja di situ.Aku termenung sebentar mengembalikan diriku ke alam yang sudah berlalu pergi.Semasa aku di zaman persekolahan,universiti sungguh tidak di sangka-sangka inilah hasilnya selama ini.Aku juga berterima kasih kepada Wan kerana telah memberiku semangat untuk belajar bersungguh-sungguh.Betul katanya,'tanpa ilmu,kita bagaikan orang ketinggalan zaman'.Di syarikat yang ku telah bekerja ini mempunyai ramai staf lelaki berbanding wanita.Kebanyakkannya sudah berumah tangga.Ada seorang staf di sini,iras-iras rupanya meningatkan ku kepada seorang jejaka yang pernah aku kenali iaitu Kamal.Nasib baiklah dia bukan Kamal.Aku tak nak pun bekerja dengan seorang lelaki yang telah menghancurkan hatiku.Sudah seminggu aku bekerja di sini,suasana tidak berubah.Bos ku berkata mungkin ada seorang pekerja baru yang bekerja di syarikat ini kerana syarikat ini masih kekurangan staf.Maklumlah,syarikat baru di buka.Banyak lagi urusan yang perlu di selesaikan.Pada keesokkan harinya,seorang pekerja baru lelaki telah di terima masuk bekerja di sini.Aku tidak sempat melihat wajahnya dan berkenalan dengannya kerana aku terlalu sibuk dengan kerja ku yang banyak.Semasa aku ingin pulang,aku melihat dia masih berada di dalam pejabat.Kebetulan pula,aku dan dia orang yang terakhir tinggal di pejabat.Aku pergi ke ke arahnya untuk menegurnya.Betapa terkejutnya aku bahawa lelaki itu adalah Kamal.
Kamal: Assalammualaikum Firsya..masih ingat saya lagi?
Tiba-tiba air mataku ku jatuh ke pipiku...aku berkata
Kasih Firsya: Apa kau buat kat sini?Aku tak nak tengok muka kau lagi.
Kamal:Saya bekerja kat sini Firsya.Saya sangat merindui awak...
Kasih Firsya: Aku takkan percaya setiap kata-kata yang kau lafazkan dekat aku.Aku tak nak kau kembali dalam hidup aku lagi..
Kamal: Maafkan saya Firsya,saya tak berniat nak tipu awak dulu.Saya dah sedar kesilapan saya sekarang...
Kasih Firsya: Baru sekarang kau sedar bila dah hancurkan hati seorang wanita yang sangat mencintai kau dulu.
Kamal: Saya nak bersama dengan awak kembali...Saya mahu awak menerima cinta saya kembali...
Perempuan yang saya cintai dulu sebelum awak sudah tinggalkan saya.
Kasih Firsya: Itulah balasannya kepada orang yang telah khianati cinta.Aku sekarang sudah di miliki orang lain.Aku tak perlukan kau..
Aku beredar dari situ meninggalkan Kamal seorang.
Mampukah aku teruskan perjuanganku di situ?
No comments:
Post a Comment