Deringan telefon bimbit Wan memecah kesunyian malam. Tidak diduga panggilan tersebut dari bekas kekasihnya. "Arghh..apa yg dia nak tengah-tengah malam buta ni...nak tidur pun tak senang". Panggilan tersebut dibiarkan Wan, namun dia masih menelefon Wan tanpa putus asa.
Dalam keadaan mamai Wan menjawab telefon tersebut. Rupa-rupanya, bekas kekasihnya telah mendapat berita bahawa Wan ingin bertunang dengan Firsya. Dia ingin berjumpa dengan Wan seberapa segera seperti tiada hari esok seakan soal hidup dan mati.
Seperti yang telah dirancang, Wan datang bertemu dengannya. "Apa yang kau nak dari aku?, aku ada banyak hal nak selesaikan ni..." kata Wan. "Sabar dulu Wan..Aku cuma ingin memberitahu kau yang aku masih sayangkan kau...Sepatutnya kita bersama". "Sudah terlambat...aku dah jumpa yang terbaik" kata Wan.
"Tolong la Wan...tolong bagi sekali lagi peluang...aku minta maaf atas kesilapan yang lalu...please...". Wan mula mengorak langkah untuk meninggalkannya. Lantas dia memegang lengan Wan tetapi Wan menolak tangannya. Akhirnya dia memeluk Wan dengan erat dan tidak mahu melepaskannya.
"Lepaskan aku...aku doakan kau semoga jumpa yang lebih baik dari aku" kata Wan dan melepaskan diri dari pelukannya. Wan pun berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang dan tindakan Wan tersebut adalah jalan terbaik. Tiada apa lagi yang boleh menghalang cinta Wan dan Firsya kecuali maut...
No comments:
Post a Comment