Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Tuesday, December 14, 2010
Bersama si dia...
Setelah kelas telah selesai,aku terus mengajak Zack pergi ke 'library' untuk 'study'.Zack tidak mahu 'study' di 'library' dan mengajak aku ke taman tasik untuk 'study' di sana.Pada mulanya aku tidak mahu 'study' di taman kerana cuaca masih panas.Aku hanya akur dengan ajakkan Zack itu.Sebelum ni,dia selalu akur dengan ku apabila aku ingin 'study' di 'library' sahaja.Mungkin dia ingin kelainan.Tepat jam 4.00 petang,aku dan Zack tiba di taman itu.Kami duduk di bawah pohon yang rendang berhadapan dengan tasik yang jernih.Burung-burung,mula berkicauan.Aku teringat saat-saat manis ku 'dating' bersama Wan di tasik itu.Aku tidak sabar untuk bertemu dengan Wan. 'Mood' untuk belajar sangat sesuai.Aku melihat tiada siapa yang berada di taman tasik itu melainkan aku dan Zack.Aku berasa risau berduaan dengan Zack di situ. 'Kalau ada orang nampak pun,bukan aku dan Zack buat apa-apa pun cuma 'study' je'.Aku berkata di dalam hati.Aku dan Zack memulakan 'study' bersama.Tiba-tiba,sebatang pen milik Zack jatuh di sebelah ku.Aku cuba untuk mengambil pen itu.Zack juga ingin mengambil pen kepunyaannya.Tiba-tiba,aku merasakan sebuah kehangatan di tangan kanan ku.Zack telah tersentuh tangan ku.Lama-kelamaan sentuhan itu bertukar menjadi pegangan yang semakin kuat.Zack telah menatap mataku dengan sedalam-dalamnya.Baru aku sedar bahawa Zack sungguh kacak.Rupanya selama ini aku buta melihat kekacakkan Zack yang selalu meluangkan masanya dengan ku.Patutlah kawan-kawan ku di kampus mengatakan Zack sungguh kacak.Saat terindah itu terhenti apabila 'handphone' Zack berdering.Aku terus mengubah penglihatan ku kearah lain dan melepaskan tangan ku dari genggamannya.Aku seakan-akan telah tersedar dari pukau apabila melihat kekacakkannya itu.Dia mengatakan yang dia perlu segera kembali ke kampus kerana ada urusan yang perlu dia selesaikan.Kami terus mengemaskan barang dan beredar dari situ.Aku berharap agar tiada sesiapa yang melihat perbuatan ku dengan Zack di situ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment