Thursday, December 23, 2010

Luahan...

Aku sungguh pelik hari ni.Kenapa Zack tak datang kelas?.Selalunya dia tak pernah ponteng kelas.Mungkin dia ada hal.Semalam dia cakap dia ada hal dekat kampus.Setelah kelas habis,aku terus pergi ke 'library' untuk 'study'.Rasa pelik je aku 'study' sorang-sorang.Selalunya ada Zack.Hmm...aku hanya membiarkan perasaan itu pergi.Terlintas di fikiran ku untuk menghubungi dia menanyakan kenapa dia ponteng kelas.Aku cuba menghubungi dia tetapi dia tidak jawab.Aku cuba 'sms' dia.Lama aku tunggu tetapi dia tidak 'reply'. 'Apa kena dengan Zack ni?'.Aku berkata di dalam hati. 'Aku 'call' tak jawab'. 'Aku 'sms' tak 'reply'.Selalunya dia 'reply' mesej aku setiap kali aku 'sms' dia. 'Kenapa aku risau tentang dia?'. 'Ikut suka dialah nak 'reply' ke tak mesej aku.Aku berkata di dalam hati.Lama-kelamaan aku berasa mengantuk dengan suasana di 'library' itu.Tiba-tiba,'handphone' ku berdering.Aku melihat Zack 'sms' aku.'Kita jumpa kat taman semalam sekarang'.'Aku ada sesuatu nak beritahu kau'.Aku akur dengan permintaannya itu.Beberapa minit kemudian,aku telah tiba di taman itu.Di tempat aku 'study' dengan Zack semalam.Aku melihat dia sudah ada di situ duduk di bawah pohon rendang sambil melihat keindahan tasik.Aku menegurnya lalu duduk di sebelahnya.'Hye...kenapa tak angkat 'call' aku tadi?'.'Pastu tiba-tiba je suruh aku datang sini'.'Benda apa kau nak beritahu aku?'.'Penting ke?'.Baru aku sedar yang aku banyak bercakap sedangkan dia hanya diam membisu.Dia memandang mataku sedalam-dalamnya.Aku berasa hairan dengan sikapnya itu.'Kenapa Zack pelik sangat hari ni?'.'Selalunya dia tak macam hari ni'.Terdetik di hati ku.Tiba-tiba dia bersuara.

Zack: I love you Kasih Firsya.I love you so much.

Aku terkejut dia berkata begitu.Tiba-tiba,aku merasakan sesuatu kehangatan pegangan tangan.Zack telah pegang tanganku dengan seerat-eratnya.Sudah lama aku tidak merasai kehangatan seperti ini semenjak aku tidak bertemu dengan Wan.

Firsya: Kau suka aku atau kau cinta aku?
Zack: Saya mencintai awak Firsya.
Firsya: Sejak bila?
Zack: Sejak pertama kali kita kenal dan kita selalu 'study' bersama.Pada masa awak kenalkan saya dengan Wan iaitu kekasih awak,hati saya hancur..Awak tak pernah beritahu saya yang awak sudah mempunyai kekasih.
Firsya: Saya nak beritahu awak tapi saya fikir awak boleh tanya dengan kawan-kawan perempuan saya.Saya tak pernah perasan pun awak mencintai saya Zack.Kenapa awak baru beritahu saya sekarang?Kenapa tak dari dulu?
Zack: Sebenarnya saya dah lama nak bertahu awak tentang perasaan terpendam saya terhadap awak.Pada hari yang awak kenalkan saya dengan Wan,pada hari itu jugalah saya nak beritahu awak.Kalau saya beritahu awak pun,bukan awak nak terima cinta saya.Awak dah berpunya.Saya tak nak lah merampas awak dari kekasih awak.Nampak sangatlah saya ni jahat.

Aku suka dengan sikap Zack itu.

Firsya: Kenapa awak beritahu saya juga tentang perasaan awak terhadap saya hari ni?Hari ni pun awak nampak pelik.
Zack: Saya beritahu juga hari ni kerana peristiwa semalam.Selepas peristiwa itu berlaku,saya tak boleh nak menyimpan perasaan saya terhadap awak Sya.Saya sudah lama kenal dengan awak.Awaklah perempuan yang saya cari selama ini.Awak tidak pernah menunjukkan aurat awak di khalayak ramai.Awak seorang perempuan yang solehah.Awak lain dari kawan-kawan perempuan awak.Awak tidak mudah terpengaruh dan yang paling penting  sekali,awak seorang yang setia Sya.Susah nak cari perempuan yang macam awak.Beruntung Wan dapat memiliki awak.
Firsya: Zack,tidak ada seorang manusia pun yang tidak pernah melakukan kesilapan.Saya pun macam orang lain jugak.Saya menutup aurat kerana ia telah diwajibkan kepada setiap umat islam.Saya setia,kerana saya tak nak menjadi perempuan yang curang.Walaupun saya tak boleh membalas cinta awak Zack,tapi kita masih boleh berkawan.Awak adalah kawan karib lelaki saya.Saya tahu,dekat kampus semua lelaki hanya nak mengambil kesempatan terhadap saya.Saya bersyukur sangat dapat kenal dengan awak Zack...

No comments:

Post a Comment