Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Wednesday, December 8, 2010
Kesetiaan...
Kini aku sudah jarang bertemu dengan Wan iaitu kekasihku.Aku sudah jarang bertemu dengannya kerana peperiksaan sudah menghampiri ku.Aku tak nak tidak lulus dalam peperiksaan semester ku.Rasa rindu terhadap Wan memang ada pada diriku.Ku hanya menghitung hari untuk bertemu dengannya....Rindu ku padanya tidak pernah terhenti sesaat pun.Kadang-kala,aku tidak mempercayainya..Aku memikirkan yang dia ada wanita lain di hatinya selain diriku semasa aku dan dia tidak bertemu.Aku pernah menanyakan soalan itu kepadanya.Dia mengatakan hanya aku seorang di hatinya.Aku hanya mendiamkan diri apabila dia berkata begitu.Aku berkata kepada diriku. 'Aku perlu mempercayai dia'. 'Aku tidak boleh menuduhnya bukan-bukan'.Walaupun aku selalu memikirkan tentang hubungan ku dengan Wan,namun aku tidak pernah lalai dalam pelajaran ku.Aku harap aku tidak lalai dalam masa depan ku.Aku selalu meluangkan masa bersama Zack untuk 'study' iaitu kawan karib ku.Aku mempunyai ramai kawan perempuan.Tetapi setiap kali aku membuat 'study group' dengan mereka,mereka sering menceritakan tentang hal teman lelaki mereka.Dalam hatiku berkata, 'tak ada masa lain ke nak ceritakan tentang hal teman lelaki masing-masing'.Sebab itulah aku selalu 'study' dengan Zack.Aku sering mendengar percakapan orang tentang aku dengan Zack.Mereka anggap aku dengan Zack mempunyai hubungan cinta.Padahal kami tidak ada apa-apa hubungan sekali pun melainkan kawan. 'Hmm....susah untuk menutup mulut manusia ni'.Aku berkata di dalam hati.Aku pernah memberitahu tentang Zack kepada Wan.Aku memberitahu kepadanya supaya tidak percaya dengan percakapan kawan-kawan ku tentang hubungan skandal ku dengan Zack.Aku tahu Wan tidak pernah percaya percakapan orang tentang diriku.Mahupun dia berbuat begitu,aku tidak mahu mengambil kesempatan.Aku setia kepadanya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment