Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Wednesday, December 8, 2010
Cerita..
Sudah selama setahun aku berada di ipta ini.Lagi tiga tahun untuk aku habis belajar di sini.Aku sangat merindui keluarga ku di kampung.Hanya sebulan sekali sahaja aku pulang untuk menjenguk keluarga ku.Terlintas di fikiran ku untuk membawa Wan bertemu dengan keluarga ku.Tapi..susah untuk ku menjawab pertanyaan ibuku nanti.Pada ibuku,kalau anak perempuannya membawa seorang lelaki ke rumah pasti lelaki tu istimewa pada anak perempuannya sama jugak dengan anak lelakinya iaitu abangku yang membawa seorang perempuan ke rumah.Aku boleh memberitahu bahawa Wan hanyalah kawan ku sahaja.Tetapi,aku tidak sanggup untuk menipu ibuku lagi..Kini setiap hujung minggu aku bertemu dengan Wan.Aku bahagia dengannya.Dia membawa aku bersiar-siar.Kadang-kadang,dia membawa aku pergi bercuti.Aku tidak pernah mengeluarkan wang ku apabila keluar dengannya.Dia juga memberi aku wang pada setiap bulan.Aku berasa serba salah dengan tindakannya.Aku telah menyuruhnya tidak berbuat begitu kepada ku.Tetapi dia telah memberitahu ku bahawa aku masih belajar.Aku perlukan wang.Padaku,wang yang ibuku beri setiap bulan sudah memadai.Wan sungguh baik terhadap ku.Aku berasa sungguh bertuah kerana mendapatnya menjadi kekasih ku.Pada suatu hari,dia telah membawa ku bertemu dengan keluarganya.Keluarganya hanya tinggal tidak jauh dari tempat ku belajar.Gementar padaku untuk bertemu dengan ibunya.Adik-beradiknya sudah aku temui.Kini aku dan adik-beradiknya sudah menjadi teman rapat.Bagiku,ibunya hanyalah biasa-biasa sahaja.Ibunya seperti ibuku.Rindu ku pada ibuku terubat apabila bertemu dengan ibunya.Aku dengan keluarganya semakin rapat.Ibunya telah sedia untuk menerimaku sebagai menantunya.Aku hanya tersenyum apabila ibunya berkata begitu kepadaku.Aku seronok apabila ibunya sanggup untuk menerimaku sebagai menantu perempuannya.Selalunya pihak lelaki yang bermasalah untuk menerima menantu perempuannya.KIni aku tidak perlu untuk memikirkan tentang hal itu.Lambat lagi untuk aku mendirikan rumah tangga.Wan sanggup menunggu ku....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment