Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Thursday, October 28, 2010
Ke Menara Gading
Assigment banyak...macam mana ni?.Rupa-rupanya untuk menjadi siswi di salah sebuah universiti terkenal di Malaysia bukanlah mudah.Nasib baik kawan-kawan banyak membantu aku terutama Zakri yang sering tunjuk ajar.Aku mula mengenalinya semenjak aku masuk di universiti ini.Kawan-kawannya memanggilnya hanya Zack.Dia seorang yang baik.Dia sering membantu aku membuat assigment.Aku senang berkawan dengannya.Pada hujung minggu,aku sering bertemu dengan wan.Kami berdua sangat rapat setelah aku dan dia bertemu.Lebih senang untuk ku bertemu dengannya kerana aku jauh dari keluarga ku.Dia juga tinggal di negeri yang aku jelajah untuk menyambung pelajaran ku.Kali pertama aku bertemu dengannya di sebuah taman tasik.Terpaku aku melihat dirinya yang berdiri di hadapan ku dengan memanggil aku sayang.Teringin di hatiku untuk memeluknya.Tapi tidak elok di pandang orang yang ada di taman itu.Kanak-kanak bermain riang di situ.Aku sepatutnya menunjukkan perkara yang baik kepada mereka.Berlinang air mataku apabila melihat wajahnya yang sayu itu.Bagaikan mimpi di malam hari untuk ku bertemu dengannya.Selama setahun ku menunggu saat ini.Aku merasakan bagaikan berpuluh tahun lamanya.Kini aku gembira berada di samping dia.Hanya dialah tempat ku mengadu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment