Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Thursday, October 28, 2010
Debaran...
Hari yang dinantikan telah tiba.Ramai kawan-kawan ku mengajak ku pergi ke sekolah.Hati berasa berdebar-debar seperti aku berlari seratus meter.Pada hari ini adalah pengunguman keputusan spm.Adakah aku terus hanyut dengan dunia cinta ku?atau aku berjaya mengatasinya?.Aku dan kawan-kawan ku bersama-sama pergi ke dalam dewan untuk mengambil keputusan.Aku masih menunggu giliran ku setelah kawan-kawan ku yang lain telah mendapat keputusan.Ada kawan ku yang sedih kerana keputusannya sekadar memuaskan.Dari itu,hatiku terasa amat berdebar.Setelah lama menunggu,giliran ku telah tiba.Tiba-tiba,guru kelas ku mengatakan keputusan spm ku tidak ada.Dia menyuruh aku datang balik pada jam 4 petang nanti.Aku terpinga-pinga.Aku akur dengan suruhan guru ku itu.Aku telah datang ke sekolah pada jam 4 petang tepat.Aku melihat ramai orang telah berada di dalam dewan.Beberapa minit kemudian,nama ku telah di sebut untuk naik ke pentas sebagai pelajar yang mendapat keputusan spm yang cemerlang.Aku berasa amat terkejut.Aku tidak sangka aku mendapat keputusan cemerlang.Aku melihat wajah ibuku begitu gembira sehingga mengalirkan air mata tanda gembira.Dia memang mengharapkan aku mendapat keputusan yang cemerlang kerana kakak dan abang ku tidak mendapat keputusan cemerlang dalam spm.Kini aku telah berjaya membuat keluarga ku bangga.Inilah kenangan manis yang tidak dapat aku lupakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment