Thursday, October 28, 2010

Kemurungan

  Aku sangat menyayangi dirinya.Aku menyayangi dirinya lebih daripada aku menyayangi Kamal.Spm hanya tinggal beberapa bulan lagi.Tidak sanggup untuk aku membuat keputusan yang terburu-buru untuk melepaskannya.Sejak dari itu,aku sering mengelamun di dalam kelas.Keputusan ku makin merosot sejak akhir-akhir ini.Guru ku selalu menanyakan tentang masalah yang kini membelenggu diriku.Aku hanya mendiamkan diri.Aku adalah pelajar yang cemerlang dalam sekolah ku.Tanggungjawab ku lebih berat berbanding pelajar-pelajar yang lain.Lebih-lebih lagi ibu ku adalah pengetua di sekolah itu.Aku harus menjaga nama baik ibuku.Terlalu banyak perkara yang aku perlu fikirkan termasuklah tentang hubungan ku dengan abang.Aku telah memberitahu tentang kemerosotan dalam pelajaran ku pada abang.Dia telah memberitahu ku untuk lebih fokus kepada pelajaran ku.Sejak dari itu,kami jarang berhubung untuk kebaikan ku.Dia sering mengingatkan aku untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.Hanya pada waktu malam sahaja aku berhubung dengannya.Pertanyaan masih tidak terjawab..

No comments:

Post a Comment