Tuesday, October 26, 2010

Cinta Pertama...

   Hari silih berganti,namun masih tiada panggilan mahupun sms dari kekasih hati.Kenapa dengan dia?apa yang telah terjadi?mungkinkah dia mempunyai orang lain?.Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran ku.Aku tidak tahu lagi macam mana untuk ku berhubung dengannya.Sudah banyak kali aku mesej dia,tetapi satu pun dia tidak balas.Terdetik di hatiku untuk menelefonnya.Aku takut aku menggangunya sahaja.Aku cuma fikir yang dia sibuk dengan kelasnya.Aku mengenalinya semasa aku pergi ke satu seminar yang diadakan di sebuah hotel di tempat ku.Dia telah menjadi fasilitator di dalam seminar itu.Aku hanya menatap satu nota kecil yang diberi olehnya semasa berakhirnya seminar itu.Di atas nota itu ada namanya dan nombor telefonnya.Apabila aku merinduinya,aku sering menatap nota itu sebagai penyembuh rinduku.Namanya Kamal.Kamal yang bermaksud sempurna.Umurnya berbeza 4 tahun dari aku.Dia belajar di sebuah ipts.Aku tidak pernah berjumpa dengannya selain dari seminar itu.Susah untuk aku berjumpa dengannya kerana aku sering dikongkong oleh ibubapa ku kerana aku anak bongsu dalam keluargaku.Aku merahsiakan hubungan ku dengan si dia dari keluarga ku.Kadang-kadang aku merasakan yang aku tidak mempunyai kekasih.Lama-kelamaan dia seolah-olah mendiamkan diri dari aku.Sampai sekarang aku tidak tahu kenapa dan mengapa.Kerana itulah aku kesunyian dan kesepian.Aku tahu, terlalu muda untuk aku memiliki kekasih dan bercinta.Tetapi aku ingin rasa macam mana bercinta dan apa itu cinta.Walaupun aku sudah memiliki si dia,aku masih tidak tahu apa itu cinta.Adakah cinta itu buta?

No comments:

Post a Comment