Tuesday, October 26, 2010

Mula mengenalinya...

   Pada keesokan harinya,dia telah 'approve' aku sebagai rakannya di dalam 'fb'.Aku sudah mula untuk mengenalinya.Aku telah menghantar mesej kepada dia di dalam 'fb'.'Boleh saya berkenalan dengan awk?'.Beberapa minit kemudian,dia telah membalas mesej yang aku telah hantar seketika tadi.'Boleh'.Aku berasa seronok kerana aku telah mendapat rakan.Sejak dari itu,aku selalu 'chatting' dengan dia di 'ym'.Apabila aku online,dia mesti online.Kami tidak tahu macam mana ia boleh berlaku dengan serentak.Dia telah memberi nombor telefonnya kepada ku agar senang untuk aku berhubung dengan dia.Aku berasa terkejut kerana dia telah memberi nombor telefonnya kepada ku walaupun aku tidak memintanya. Namun, dalam kerancakan dunia di era Teknologi Maklumat, aku masih ragu-ragu terhadap lelaki yang hanya ingin mengambil kesempatan terhadap aku.Aku teringat apa yang aku telah cakap di hatiku  tentang wajahnya semalam.Aku terus bertanya kepada dia adakah dia sudah berumah tangga.Dia berkata tidak.Aku berasa lega dengan jawapan yang diberikannya sebentar tadi.Ternyata dia merupakan seorang lelaki yang jujur.Sejak hari itu,kami lebih banyak sms daripada online.Hubungan kami bertambah mesra.Walaupun aku tidak pernah menelefon dia untuk bercakap dengannya, kadang-kadang aku teringin untuk mendengar suaranya.Adakah ia sepadan dengan wajahnya itu?.Aku meminta dia mengaktifkan 'webcam' kerana aku mahu kepastian.Aku menekan 'Accept' untuk melihat 'webcam' dia.Rupa parasnya  hanya biasa sahaja.Dia tidaklah sekacak Fahrin Ahmad.Kulitnya cerah berbanding dengan lelaki lain.Tetapi mengapa gambar profailnya berbeza?Dia kelihatan dalam lingkungan 20-an.

No comments:

Post a Comment