Tuesday, October 26, 2010

Kesepian Malam...

  Pada suatu malam yang dingin,aku hanya memerapkan diriku di sebuah kamar yang sederhana besar.Aku selalu memerapkan diriku ketika aku berasa bosan.Tiba-tiba terlintas di ffikiran ku untuk membuka laptop ibuku yang telah berada di dalam kamar tidurku.Aku hanya ingin bermain permainan yang telah ada di dalam laptop itu untuk aku melelapkan mataku ini yang dari siang hanya celik sahaja.Aku berasa bosan setelah bermain permainan itu.Terdetik di hatiku untuk aku membuat alamat e-mel dan terjebak di dalam dunia 'cyber'.Setelah beberapa minit kemudian,keinginan ku telah tercapai.Aku ingin mendaftarkan diriku ke dalam 'facebook' sebuah halaman sosial yang terkenal pada masa kini.Aku tahu halaman itu setelah aku mendengar abang dan kakak ku sering bercakap tentang halaman sosial itu.Selepas itu,aku telah mendaftarkan namaku di halaman itu.Kini aku telah berada di dalam dunia cyber.Impian ku telah tercapai.Seawal jam 8.30 pagi,aku telah bangun dari tidurku yang lena.Aku telah pergi memebersihkan diriku sebelum aku menjamu selera yang telah diesediakan oleh ibuku di dapur.Aku sering berasa  bosan apabila duduk di rumah.Aku tiada mempunyai rakan di taman perumahan ku.Hidupku hanyalah terperap di dalam rumah yang sederhana besarnya.Objek yang sering menghiburkan ku hanyalah 'tv'.Aku terfikir untuk menyambung kerja ku yang telah aku tinggalkan semalam sebelum aku tidur.Aku melihat tiada sesiapa yang 'add' aku kerana aku orang baru yang berada di halaman sosial itu.Aku cuba untuk mencari rakan.Aku telah jumpa dengan seseorang lelaki.Namanya Ridhwan Shah.Pada masa itu,aku melihat dari wajahnya seakan-akan seorang lelaki yang sudah mendirikan rumah tangga.Aku teragak-agak untuk 'add'nya kerana aku tak nak mengacau rumah tangganya.Aku telah membuat keputusan untuk 'add' dia.Aku fikir,aku hanya ingin berkawan dengannya tidak lebih dari itu.

No comments:

Post a Comment