Sejak dari mula perkenalan,Ridhwan tidak putus-putus menghubungi aku pada malam hujung minggu.Dia kerap menelefon aku.Lama-kelamaan aku berasa rapat dengan dia.Aku dapat rasakan diri aku dihargai pada dia.Aku bersyukur kerana mengenali dia.Tiba-tiba,Kamal kembali semula menghubungi aku sejak sekian lama dia mendiamkan diri.Aku terkejut kerana dia muncul secara tiba-tiba dalam hidupku.Perasaan cinta dan sayangku padanya kian pudar setelah dia menyepikan diri begitu lama tanpa khabar berita.Aku menanyakan kepada dia kenapa dia berbuat begitu kepada aku.Dia telah menceritakan segalanya kepadaku.Dia telah mempunyai orang lain di dalam hidup dia.Dia bersama dengan perempuan itu sebelum dia megenali aku.Baru sekarang aku tahu yang aku telah dipermainkan oleh lelaki yang aku sangat menyayangi dirinya.Aku berasa sangat sedih walaupun perasaan aku padanya kian pudar.Aku telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan aku dengan dia.Aku menyepikan diri seketika daripada Ridhwan jejaka yang aku baru kenali.Sejak daripada itu,aku mula membenci lelaki.Bila dah dapat,mereka senang-senang tinggalkan.Bagai madu habis sepah di buang.Geram di hati membuatkan aku menyepi walaupun Ridhwan selalu mesej aku tanya khabar.Sejak sekian lama aku tidak melayan dia,aku dapat merasakan yang dia susah hati.Pada suatu malam,dia menelefon aku banyak kali.Pada fikiran aku,aku tak nak angkat panggilan tersebut.Pada hati pula,aku harus mengangkat panggilan itu.Dia bertanya kepada aku kalau aku ade masalah,aku boleh ceritakan dekat dia.Aku teragak-agak untuk menceritakan kisah aku dengan Kamal kerana dia tidak tahu yang aku mempunyai teman lelaki.Kalau dia tahu yang aku mempunyai teman lelaki,aku pasti dia tidak rapat sebegini dengan aku.Akhirnya,aku menceritakan kisah yang sebenar.
No comments:
Post a Comment