"Sya ada sesuatu nak bagi tahu dekat Wan".Aku berkata.Dia hanya berkata "Apa dia?"."Sya bergaduh dengan 'bf' Sya".Dengan tenang aku berkata sedemikian.Dia hanya diam membisu seolah-olah ada perkara yang mengejutkan dia.Beberapa minit kemudian,dia hanya berkata "Ok...".Aku pula berasa pelik kerana dia diam beberapa minit dan hanya berkata "ok".Tiba-tiba dia tanya pada aku."Kenapa Sya tak pernah menceritakan dekat Wan yang Sya sudah berpunya"?.Aku berkata,"Sya hanya nak berkawan dengan Wan".Aku tanya kepada dia."Kenapa Wan macam terkejut je"?.Dia berkata,"Sebenarnya Wan suka dekat Sya".Aku sudah dapat agak kerana dia beria-ria sangat berkawan dengan aku.Aku mula bertanya "Sejak bila?'.Dia berkata "Sejak kita berkawan rapat"."Sudah lama Wan nak bagi tahu dekat Sya tapi Wan takut Sya tak boleh nak terima".Aku telah terfikir untuk aku berpura-pura menyukainya kerana aku ingin melihat kejujurannya..Aku tak mahu lagi dipermainkan oleh kaum Adam.Aku cakap dekat dia "Sya sebenarnya pun suka kat Wan"."Cuma Sya malu je nak tanya Wan". "Siapa la yang nak dekat Wan ni?, dah la tak 'handsome'". Aku cuba memberikan harapan, "Sya nak...". "Wan ni bukan manusia yang sempurna, tak lari dari melakukan kesilapan", Ridhwan kini merendahkan diri. Aku tidak pernah jumpa lelaki seperti ini, tidak mungkin dia tidak mempunyai ego.Adakah dia hanya mahu memikat hati yang terluka?.Aku mahu kepastian, penjelasan dan jawapan.Lalu aku menyakinkannya,"Wan lelaki yang baik, tidak pernah Sya jumpa lelaki macam Wan".Tiba-tiba dia mengajak aku untuk jadi "gf" dia.Tanpa menoleh ke belakang,aku pun bersetuju dengan harapan dia tidak seperti Kamal. Sejauh manakah hubungan ini akan bertahan?
No comments:
Post a Comment