Wednesday, October 27, 2010

Kehidupan Seharian Aku Dan Si Dia...

   Kini aku telah menjalinkan hubungan ku dengan si dia.Kamal sudah tidak wujud  lagi di dalam hidupku.Aku sering berhubung dengan si dia melalui sms,chat dan call.Hubungan kami makin mesra dengan menggunakan panggilan "syg" dan "abg".Paling aku suka ialah "call" dia.Dengan itu perhubungan kami agak mesra.Perbezaan umur kami 6 tahun.Dia lebih tua 2 tahun daripada Kamal.Dia bekas penuntut di sebuah ipta.Walaupun aku masih bersekolah,pelajaran ku tidak terabai begitu sahaja setelah aku bercinta dengan si dia.Aku hanya berhubung dengan dia pada waktu petang dan malam sebelum aku tidur.Pada hujung minggu,barulah aku berhubung dengan dia lebih lama dari hari biasa.Dia tidak pernah menyuruhku untuk mengabaikan pelajaran ku.Malah dia telah menyokong aku dari belakang.Kadang-kadang dia telah memberi motivasi dan nasihat untuk aku menghadapi spm pada tahun ini.Dari itu, baru aku tahu yang dia tidak seperti Kamal.Apabila dalam kelas,aku fokus untuk belajar dan tidak fikir tentang dia buat sementara waktu.Selepas kelas,baru aku fikir tentang dia semula dan hubungan kami yang kini terjalin beberapa bulan.Kami berkawan agak singkat dan terus menjalinkan hubungan sepasang kekasih.Aku rasa bagaikan mimpi di siang hari sahaja.Aku tidak menyangka yang aku menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang aku kenal dalam dunia cyber.Susah untuk mencari lelaki yang jujur dalam dunia itu.Kakak aku telah berpesan supaya aku tidak memberi maklumat aku kepada mana-mana lelaki yang aku kenal dalam "fb".Pada mulanya aku akur dengan pesanan kakak ku itu.Tapi lihatlah sekarang.Aku telah memberi maklumat ku kepada seorang lelaki yang bernama Ridhwan Shah yang kini telah menjadi kekasih aku.Aku tidak mendedahkan maklumat peribadi ku kepada lelaki lain di dalam "fb".Hanya seorang lelaki yang sudah bergelar kekasihku sahaja.

No comments:

Post a Comment