Kisah ini merupakan sebuah kisah percintaan jarak jauh...Kasih Firsya merupakan pelajar sekolah menengah & dia mula mengenali Ridhwan Syah di laman sosial iaitu "Facebook".Adakah dengan perhubungan ini,Kasih Firsya berjaya untuk menentukan masa depannya?Berjayakah Firsya menempuh pelbagai dugaan di dalam percintaaan mereka?Semua persoalan akan terjawab apabila anda mengikuti selangkah demi selangkah penceritaan ini...
Thursday, March 10, 2011
Merumitkan....
Hari berganti hari..masih bersama si dia.Kadang-kadang aku rasa,aku bosan dengan dirinya itu.Sepatutnya aku tidak perlu ada perasaan yang buruk ini di dalam perhubungan ku.Hurm...susah rupanya untuk bercinta.Terlalu banyak masalah dalam perhubungan.Nasib baik Wan seorang yang penyabar.Kalau tidak,aku rasa dah lama dia tinggalkan aku seperti Kamal.Aku terfikir jugak,adakah Kamal tinggalkan aku sebab aku seorang perempuan yang panas baran?Hmm...aku mengeluh sebentar..Tapi..dia tinggalkan aku sebab dia sudah mempunyai kekasih yang terlebih dulu dari aku...Kenapa kadang-kadang aku teringatkan Kamal?Kenapa hati ini rasa nak kembali kepadanya?Kini..aku sering mengingatkan dirinya...Arghhhh!!!Kata hati ku berkata aku perlu menamatkan hubungan cinta ku dengan Wan kini.Kata fikiran aku pula,aku tidak perlu menamatkan hubungan ku dengannya.Susah untuk ku mendapatkan seorang lelaki sepertinya.Bila difikirkan semula,sekiranya aku berbuat begitu,aku akan mengangap aku ini seorang perempuan yang jahat.Memainkan perasaan cinta seorang Adam yang ternyata suci..Tetapi,kenapa seorang lelaki boleh memainkan perasaan Hawa..Lelaki tidak pernah memikirkan perasaan seorang wanita yang terlalu murni..Sesuatu persoalan yang merumitkan...Jika Wan tahu aku mengingati Kamal,mesti hatinya terguris..Aku tidak sanggup berbuat begitu kepadanya...Ya Allah,kasihani lah hamba Mu ini yang ingin mempertahankan hubungannya untuk mendirikan masjid pada suatu hari nanti...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment